Pernah tak rasa putus asa ?
Sampai satu tahap kau rasa dah takde sesape yang perdulikan kau?
Kau anggap semua orang abaikan kau
Di saat kau rasa seribu satu ujian yang datang pada kau
Kau mengeluh
Kau caci diriku
Kenapa mesti aku ?
Apa aku tak layak ke untuk hidup bahagia kat dunia ni ?
Dan akhirnya
Kita tidak berhenti menyalahkan takdir
Kita hampir tidak redha dengan semua yang menimpa kita
Allahu
Istiqfar sayang 😢
Baru aku sedar, aku semakin jauh dari Allah
Aku lupa
Kemana diri aku yang dahulu?
Yang sentiasa redha dengan ujianNYA
Yang sentiasa senyum di saat sakit
Yang sentiasa kuat walaupun saat itu aku hampir jatuh rebah
Sambil aku menangis
Aku bawak diri aku kembali berjumpa Tuhanku
Sambil bersujud
Aku mengadu Aku cerita semuanya pada DIA
Alangkah rindunya aku pada DIA ðŸ˜
Yang sentiasa ada disaat aku jatuh
Yang sentiasa mengetahui isi hati aku
Yang sentiasa kembalikan senyuman aku
Ya Allah,
Janganlah kau tarik rasa nikmat beribdat aku kepada-Mu
Aku takut
Takut jika aku tidak membawa apa2 amalam berjumpa-Mu
Aku takut akan seksaan kubur-Mu
Aku takut akan seksaan api neraka-Mu
Kembalikanlah aku kepada fitrah-Mu
Dekatkan aku rasa cinta kepada-Mu
Sepertimana air sungai mengalir tanpa henti
Seperti itu juga aku mahu rasa cinta ini hingga akhir hayatku 😢
Kuatkan kesabaranku
Kembalikan kesihatanku
Di mana hari ini aku masih berlawan dengan sakitku
Yang cuma aku tahu sakit ini
Mungkin satu hadiah supaya aku kembali kepada fitrah-Mu
Aku tahu hidup aku sudah tidak lama
Kerana aku tahu semua di dunia ni bersifat sementara
Dan semuanya akan musnah
Dan sampai bila aku harus hidup bergelumang dengan dosa ?
Hmmm 😢
Moga Allah mengampuni dosa2 silam kita
Moga Allah sentiasa terima taubat kita
In shaa Allah , Ameen 🖤






